Kes merakam filem secara haram dan menyiarkan secara langsung melalui media sosial menjadi aliran baru dalam kalangan penonton hingga dikhuatiri menjejaskan kutipan sesebuah filem. Terbaru filem Box Office, Munafik 2 antara yang menjadi mangsa dan pengarahnya Syamsul Yusof telah  mengheret pelaku ke muka pengadilan.

Dipetik dari Utusan Online, aktres Maya Karin mengulas mengenai isu. Menurut Maya, dia mahu si pelaku yang bersalah merasai sendiri pengalaman bekerja sebagai kru produksi tanpa bayaran. Dengan hukuman ini pesalah akan tahu tahu betapa peritnya kehidupan kru yang bekerja keras untuk menghasilkan filem.

“Ada kala mereka tak tahu keperitan orang lain. Jadi lebih baik kita beri orang seperti ini merasa sendiri pengalaman. Nanti dia akan tahu cara untuk menghargai,” kata Maya kepada Utusan Online.

Difahamkan, pihak Syamsul sebelum itu telah memberikan amaran kepada Muhammad Izwan Shah Kamal Shah, 30, dan beberapa individu lain untuk menarik balik perkongsian haram itu. Malangnya, Muhammad Izwan dikatakan berdegil, malah dengan berani mencabar Syamsul mengambil tindakan terhadapnya.

BACA  Wow! Maya Karin Kini Jalani Penggambaran Filem Hollywood

Ekoran itu, Syamsul telah membuat laporan polis pada 20 September lalu dan perbicaraan di mahkamah berlangsung pada minggu lalu.