Meskipun sudah masuk di minggu-minggu penghujung tayanganna, filem Paskal : The Movie terus unggul mencatat pelbagai rekod kejayaannya tersendiri.

Filem Tempatan Pertama Berjaya Raih ‘Rating’ Tinggi Di IMDb

Masuk pada hari ke 28 tayangannya, Paskal kini berjaya meraih sebanyak 26.1 juta kutipan. Bukan sahaja menjadi filem tempatan ketiga yang berjaya meraih kutipan paling tinggi, malah terbaru Paskal turut menjadi filem tempatan pertama yang meraih ‘rating’ tertinggi di platform digital ulasan filem antarabangsa, Internet Movie Database (IMDb)

Kalahkan Rating Avengers : Infinity War

Jika pada jumaat lalu (26 Oktober) Paskal mendapat rating sebanyak 8.4/10, terbaru hasil carian terkini kami mendapati filem ini melonjak naik dengan catatan terbaru sebanyak 9.2/10.

Rekod membanggakan ini bukan sahaja menjadi yang tertinggi dalam negara malam turut mengalahkan rating filem antarabangsa yang paling laris pada tahun 2018, Avengers : Infinity War yang mendapat 8.6/10

Buat anda yang belum menonton filem ini, pastiikan anda jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri aksi filem wajib tonton pada tahun ini. Paskal : The Movie dibarisi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, G Theeban, Henley Hii, Nam Ron, Amerul Affendi, Datuk Eizlan Yusof, Tiger Chen, Steve Yap dan Jasmine Suraya Chin.