Jangan menafikan, hakikatnya masa kini majoriti manusia tidak mampu berenggang dengan telefon pintar mereka.  Dengan berkembangnya kemajuan teknologi secara pesat, kini banyak aplikasi di telefon yang menarik.

Baru-baru ini, finalis Hero Remaja 2017, Safwan Nazri telah dilihat sedang menggunakan aplikasi telefon pintar sosial terkini di laman media sosialnya yang juga dikenali sebagai Omi Chat.

Aplikasi yang direka khas ini merupakan trend terbaru yang sering digunakan oleh individu yang ingin menjalinkan hubungan persahabatan dalam persekitaran yang selamat dan positif.

Sebagai salah seorang pengaruh media sosial yang terkenal di Malaysia, Safwan Nazri mula menggunakan aplikasi ini untuk berkomunikasi dengan para pengikutnya dan mencari kenalan baru yang mempunyai minat yang sama dengannya.

“Dengan Omi Chat, saya tidak mempunyai masalah untuk memulakan perbualan dengan kenalan baru. Aplikasi ini mempunyai pelekat interaktif yang sangat comel. Jadi, sebagai seorang individu yang agak pemalu, saya tidak teragak-agak lagi untuk memulakan perbualan dengan sesiapa sahaja!” ujar Safwan dengan nada yang gembira.

View this post on Instagram

TIPS Untuk MOVE ON dengan EX hampa 😅 Tag member yang forever alone Hampa single dah 10 tahun ? tak boleh move on dgn ex ? Nak cari kawan atau pasangan yang ada minat yang sama? Hampa rilekkkkk jaaa, @omi.chat Apps ni boleh buat hampa happy and senyum. Omi ni boleh buat hidup hampa tak sunyi lagi haha. Masalah takda pasangan atau forever alone dapat diatasi dengan mudah. Tak percaya, sila TRY sekarang !! Jangan risau Omi ni selamat dan tak dak fake account. Yang dah couple hampa jaga ja la pasangan hampa tuu, jgan dok gatai lebih haha. #JomBorakOmi #omichat #omi #safwanted #dewiremaja #heroremaja #atukpesanchannel #lawakhangit #lawakhambar #iglelakivsperempuan #gegarvaganza #dewiremaja2018 #malaysia #kawan

A post shared by Safwan Nazri (@safwannazri) on

Kata Safwan lagi, untuk mengelakkan sebarang aktiviti yang negatif dan tidak senonoh di aplikasi ini, sistem Omi Chat juga dapat menapis perkataan yang sensitif untuk memastikan pengguna berada dalam ruang sosial yang selamat. Ini bermakna, tiada pengguna palsu atau sebarang penipuan yang boleh didapati dalam aplikasi tersebut.

Apa yang ditunggukan lagi? Bak kata netizen, jika ingin menjadi seorang yang trendy dan happening, muat turun sahaja Omi Chat!