Salah seorang daripada lima orang yang maut dalam kemalangan helikopter di Stadium King Power, Leicester spada sabtu lalu adalah bekas ratu cantik Thailand. Selain itu, pemilik  pasukan bola sepak Leicester City dan juga seorang billionair Vichai Srivaddhanaprabha, 60, juga antara mangsa yang disahkan maut dalam kemalangan ngeri itu.

Juruterbangnya, Eric Swaffer, 53, dan pembantu beliau , Izabela Roza Lechowicz, 46, juga meninggal dunia bersama Nursara Suknamai dan Kaveporn Punpare.

Bekas Ratu Cantik

Suknami adalah seorang bekas ratu cantik yang memenangi tempat kedua di dalam pertandingan Miss Universe Thailand 2005 yang diadakan di Bangkok. Selain itu, beliau juga aktif di media sosial kerana gemar berkongsi gambar-gambarnya di Instagram.

Selain itu, beliau juga adalah seorang yang obses tentang kesihatannya, sering berkongsi video latihan dan yoga ke Instagram.

Posting terakhir beliau di media sosial adalah empat hari yang lalu, ketika dia memuat naik gambar selfie tersenyum dengan kapsyen ‘Rabu #wednesday #redlipstick’.

View this post on Instagram

Wednesday 💚❤️ #wednesday #redlipstick

A post shared by Nusara Suknamai (@zara_nusara) on

Selepas berita mengenai kematiannya tular, di ruangan komen media sosialnya dibanjiri dengan ucapan penghormatan.

Dia meninggal dunia di tempat kejadian selepas helikopter milik Srivaddhanaprabha menjunam 200 kaki dan terhempas jatuh ke tempat letak kereta di stadium King Power jam 8.30 malam.

Srivaddhanaprabha, yang memiliki syarikat King Power Thailand, membeli Leicester pada 2010 sebelum menjadi pengerusinya pada Februari. Pada 2016, beliau membantu pasukan itu meraih trofi Liga Perdana. Punca sebenar insiden masih disiasat.

SUMBERMail Online
Artikel SebelumnyaInilah Profil Bhavye Suneja, Juruterbang Lion Air Yang Sempat Minta Patah Balik
Artikel SeterusnyaAkan Bersara Menyanyi? Ini Penjelasan Sufian Suhaimi
Hilmi Hafiz
i have nothing to offer, but i can offer you a good knowledge.