Dugaan bertalu-talu hadir menguji rakyat Indonesia. Seperti yang diketahui umum, selepas bencana Tsunami yang membinasakan bandar Indonesia di Palu, sekali lagi kita dikejutkan dengan berita kapal terbang Lion Air terhempas sejurus berlepas dari lapangan terbang Jakarta, Indonesia, pagi ini.

Terkesan dengan insiden ini, pelakon Sharifah Sakinah turut berasa amat dukacita, lagi-lagi dua bayi dan seorang kanak-kanak antara mangsa yang dilaporkan menaiki pesawat itu. Sakinah  menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa menerusi laman sosialnya sebentar tadi.

“Remuk hati saya selepas mendengar berita sedih ini, ia benar-benar memberi kesan kepada saya terutamanya apabila ia melibatkan bayi. Yang pasti berita buruk ini sangat terkesan pada kitasemua. Takziah saya kepada semua ahli keluarga mangsa dari Lion Air Indonesia JT 620 yang telah disahkan meninggal dunia yang melibatkan 188 orang penumpang. Salam Takziah.”

Penerbangan Lion Air JT-610 itu berlepas pada pukul 6.20 pagi sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan pada 6.33 pagi. Pesawat itu sepatutunya tiba di Pangkal Pinang, 7.20 pagi ini.