Tatkala peminat-peminatnya gembira dengan pemilihan lagu Di Matamu berjaya ke Separuh Akhir Muzik Muzik pada tahun ini, ramai juga yang menjangkakan Sufian Suhaimi berkemungkinan untuk mengundurkan diri dari bidang nyanyian.

IKLAN

Lagi-lagi Sufian mengakui bahawa dia sudah mula menerima tawaran daripada beberapa universiti tempatan untuk melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah.

Banyak Terima Tawaran Sambung PHD

Namun, seperti yang dipetik dari laporan Kosmo, Sufian tidak menolak jika suatu hari nanti, dia akan menceburi bidang pendidikan secara sepenuh masa dan bergelar pensyarah. Adakah Sufian akan bersara dari menyanyi dan terus sambung pengajian? Ini jawapan beliau.

β€œBukanlah sekarang. Jika betul saya mahu sambung pengajian, saya akan memberikan fokus sepenuhnya. Bagaimanapun, saya perlu meletakkan keutamaan yang betul. Sijil pelajaran tidak semestinya dikejar secepat mungkin. Ilmu boleh ditimba apabila saya benar-benar bersedia.

Menurut Sufian, ilmu pengetahun yang ditimba akan memberi manfaat pada masa depan dan dia akui bahawa lebih baik menjadi penghibur yang sentiasa mengejar ilmu.

BACA  'Terima Kasih Kak Long'- Didi Astillah Titip Ucapan Buat Bella Astillah

Ibu Bapa Tak Minta Untuk Berhenti Menyanyi

Sufian berkata, ibu dan bapanya tetap terus menyokong keputusannya dalam menentukan karier selepas dia berjaya menggenggam segulung Ijazah Sarjana

β€œMereka tidak meminta saya untuk berhenti menyanyi. Mungkin mereka lihat saya seronok menyanyi dan dari situ, timbul keyakinan bahawa karier saya ini mampu menjamin masa depan,” katanya sambil tersenyum.

Sudah pasti, jika benar Sufian mahu berhenti menyanyi, ia satu keputusan yang akan menimbulkan ketidakpuasan hati peminat-peminatnya selepas ini. Masakan tidak, karier seni Sufian ini memang dilihat sedang memuncak naik.