Dia mungkin sedang menikmati waktu istirehatnya selama lima tahun dari muzik untuk menghabiskan masa bersama anak lelakinya.

Tetapi 5 tahun tersebut seolah-olah tidak memberi kesan terhadap kewangan Adele, kerana dia masih mengekalkan kedudukannya sebagai bintang muda terkaya di Britain.

Malah penyanyi itu terus mempertingkatkan kekayaannya dari £132 juta (RM706.56 Juta) kepada £147 juta (RM786.86 Juta) pada tahun lalu meskipun tidak mengeluarkan sebarang single atau album baru.

Dia mengakhiri “World Tour” di Stadium Wembley pada musim panas yang lalu, dengan memperoleh £42 juta (RM224.82 Juta) untuk Tour itu.

Berkat Dari Album Terakhir

Adele 25

Walaupun album terakhirnya, 25, dikeluarkan pada tahun 2015, album itu masih menguasai jutaan jualan rekod.

BACA  [VIDEO] Wawa Zainal Cedera Ringan Akibat Dilanggar Jetski

Penyanyi berusia 30 tahun itu mempunyai seorang anak lelaki, Angelo, 6, bersama suami, Simon Konecki, 44.

Ada ura-ura mengatakan beliau sedang beristirehat di Residensi di Las Vegas yang berharga lebih kurang £22 juta.

Malah keluarganya telah menggunakan kekayaannya, dengan membeli rumah bernilai £6.5 juta di Beverly Hills, dengan memiliki enam bilik mandi dan kolam renang.

Beliau juga telah mengumpulkan portfolio hartanah yang mengagumkan di Britain, termasuk dua rumah di Kensington, London Barat, bernilai £11 juta, dan pad pinggir laut bernilai £2.5 juta di Hove, East Sussex.

SUMBERDailymail
Artikel SebelumnyaInstafamous Ini Kongsi Pengalaman Naik Lion Air JT610 Malam Sebelum Nahas
Artikel SeterusnyaGara-gara Pembantu Rumah, Siti Sarah ‘Sekolahkan’ Netizen Di Instagram
Hilmi Hafiz
i have nothing to offer, but i can offer you a good knowledge.