Instafamous ini telah berkongsi pengalamannya ketika menaiki pesawat Lion Air JT610 malam sebelum nahas. Beliau akui bahawa pesawat pada ketika itu seperti tidak begitu stabil.

Rupanya pesawat Lion Air JT610 ini sebelum itu digunakan untuk penerbangan Denpasar-Jakarta malam sebelum kejadian nahas ini terjadi.

Instafamous yang dikenali sebagai Aphrodita Mayangsari ini berkongsi bagaimana pesawat tersebut berkali-kali mengalami naik turun selama penerbangan Denpasar menuju Jakarta.

Dari laman Instagram @aphrodit.a, dia memberitahu bahawa pesawat ini berkali-kali mengalami naik turun seperti hendak jatuh kerana cuaca buruk.

View this post on Instagram

place where i regain my sanity.

A post shared by Aphrodita Mayangsari (@aphrodit.a) on

Gara-gara hal itu pula, beberapa penumpang, termasuk rakannya muntah. Namun dia meberi pujian, selama penerbangan itu, juruterbang tak menggunakan auto pilot, ia dikendalikan secara manual dan kesemua penumpang selamat.

Pesawat Lion Air JT610 dengan rute Jakarta-Pangkalpinang dilaporkan terputus hubungan pada Isnin (29/10/2018) pagi.

Saat ini pihak Lion Air masih menyelidiki khabar mengenai pesawat yang terputus hubungan tersebut.

Artikel SebelumnyaKisah Sebenar Di Sebalik Video Majlis Akad Nikah Zulin Aziz
Artikel SeterusnyaRahsia Adele Mampu Jana RM80 Juta Setiap Tahun Walaupun Tak Bekerja
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.