Menerusi Instagram sebentar tadi, penyanyi popular Siti Sarah Raissuddin telah memohon bantuan dari pengikutnya untuk mencari agen yang menyediakan perkhidmatan pembantu rumah. Seperti yang dinyatakan dalam posting tersebut, Sarah mahukan pembantu rumah dari Filipina dan seorang muslim.

Tanpa di duga, permintaannya itu telah menjadi bahan jenaka di kalangan pengikut-pengikutnya di ruangan komen. Rata-rata meninggalkan komen dengan tag nama-nama rakan seolah-olah seperti menghina pekerjaan sebagai pembantu rumah.

Sikap tidak senonoh ini telah membuatkan Sarah terpanggil untuk menegur pengikutnya.

“Bila saya minta bantuan, majoriti mempermain-mainkan saya, dengan tag nama-nama kawan. Macam nak menghina kawan untuk jadi pembantu rumah. Itu tak kelakar! Saya menganggap pembantu rumah adalah antara pekerjaan yang mulia. Di saat saya dan suami bertungkus-lumus membantu orang lain, ada hamba Allah yang sudi membantu saya, membesarkan anak-anak saya. Sebagai muslim bukankahkita harus saling membantu?”- pesannya.

Kadang-kadang netizen ini anggap ia sesuatu yang kelakar tapi tak sedar akan sensitif terhadap perasaan orang yang berkaitan. .Sabar je lah! Manusia memang berbagai ragam.

Artikel SebelumnyaRahsia Adele Mampu Jana RM80 Juta Setiap Tahun Walaupun Tak Bekerja
Artikel SeterusnyaDapat Pujian! Muzik Video ‘Syinta Gila’ Padat Dengan Mesej Mendalam
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.