Beberapa minggu yang lalu, tersebar video seorang lelaki yang hanya memakai seluar dalam berwarna putih selain menunjukkan beberapa ‘aksi’ nakal di hadapan kamera telefon bimbitnya. Lebih mengejutkan individu tersebut mempunyai wajah seiras pemain bola sepak terkenal yang juga suami kepada pelakon Ayu Raudhah, Zaquan Adha.

Akui Koleksi Peribadi Antara Suami

Susulan daripada dakwaan berkenaan, Ayu akui video yang tersebut adalah koleksi peribadinya dan hanya dikongsi antara dia dan suami. Tidak mudah melatah, Ayu bagaimanapun terkilan kerana ianya telah disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab memandangkan ianya hangat diperkatakan sejak beberapa minggu lalu.

Selain Zaquan, koleksi video yang dikatakan mirip beberapa orang selebriti lelaki terkenal juga dipercayai telah disebarkan oleh individu yang sama.

Video Dalam Telefon Bimbit Yang Rosak

Jelas Ayu lagi, video tersebut disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sewaktu dia menghantar telefon bimbitnya yang rosak untuk dibaiki. Malah pada mulanya, Ayu telah dimaklumkan segala data peribadi termasuk video dan gambar dia dalam telefon itu tidak dapat diselamatkan.

“Saya orang pertama yang tahu tentang video itu kerana ia dalam telefon bimbit saya yang rosak. Ia adalah video peribadi antara saya dan suami. Video itu tersebar selepas saya menghantar telefon peribadi saya untuk dibaiki.

Pihak kedai itu kata video dan foto dalam telefon itu tidak dapat diselamatkan. Tidak sangka pula keluar video itu, ia adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab”

Dalam perkembangan lain, Ayu dan Zaquan sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkenaan isu tersebut.

Ayu berkahwin dengan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 30, pada 21 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser,5, Muhammad Aisy Aryann, 4, dan Laura Zulaykha, 1 tahun. Ayu juga kini sedang hamil empat bulan dan dijangka melahirkan cahaya mata keempat nya pada awal tahun hadapan.