Awal minggu lalu, pelakon dan pelawak Tauke Jambu telah berkongsi khabar gembira di mana isterinya yang dikenali sebagai Nadia telah selamat melahirkan anak perempuan mereka.

Terlalu Teruja

Susulan daripada itu, Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria, 41, turut memuat naik sebuah video di Instagram yang menunjukkan saat bahagia isterinya memangku anak perempuan mereka sejurus selepas menjalani proses bersalin. Namun begitu, video tersebut dikatakan seperti menampakkan bahagian dada isterinya yang seterusnya dipersoalkan netizen tujuan Tauke berbuat demikian.

Sedar akan kekhilafan dirinya, Tauke bagaimanapun sudah memadam video tersebut dari akaunnya serta turut memohon maaf. Menurut pelawak itu, dia terlalu teruja dan sama sekali tidak menyedari tentang bahagian dada isterinya itu yang kelihatan dalam video berkenaan.

Mohon Padam Video Yang Dikongsi

Tambahnya lagi menerusi kenyataan yang sama, Tauke turut meminta agar orang ramai yang berkongsi video berkenaan di laman sosial untuk memadam video tersebut.

Meskipun begitu, Tauke sempat mengucapkan terima kasih atas doa dan ucapan yang dititipkan buat mereka sekeluarga. Sebelum ini, Tauke mempunyai enam orang cahaya mata hasil daripada tiga perkahwinan terdahulu dan anak perempuannya bersama Nadia adalah cahaya matanya yang ketujuh.

SUMBERInstagram Tauke
Artikel SebelumnyaVideo ‘Nakal’ Zaquan Adha Tersebar, Ayu Raudhah Dedah Hal Sebenar
Artikel SeterusnyaDisoal Pasal Zuriat, Siti Elizad Harap Masyarakat Lebih Sensitif
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress