Tidak dinafikan sejak awal kemunculannya, Nurfarrah Izzatie Johari atau lebih mesra dipanggil Ara Johari ini seperti mudah didekati peminat terutamanya golongan remaja. Manakan tidak, hampir setiap single nya diterima baik dan turut tercalon dalam beberapa anugerah seperti Anugerah Juara Lagu 32 menerusi Warkah Untukku

Ara Beri Paku Untuk Peminat

Terbaru, bekas peserta AF Megastar dan finalis Akademi Fantasia 2016 ini kembali memeriahkan industri muzik tanah air dengan sebuah lagi lagu terbaru berjudul ‘Paku’. Selepas berjaya mencipta fenomena dengan dua buah singlenya terdahulu, kali ini Ara tampil dengan mempertaruhkan sebuah lagu yang dicipta oleh Kadok dan Tukang Musik manakala liriknya dinukil sendiri oleh Ara serta Shasha K yang diberi judul Paku.

BACA  Hana Azraa Dedah Bakal Bercerai Dengan PU Abu!

Maksud Paku Pada Ara

Sejak diperdengarkan, ramai yang tertanya apakah maksud ‘Paku’ yang cuba ditonjolkannya. Lagu ‘Paku’ ini mengisahkan perasaan cinta seorang lelaki yang terpendam terhadap pasangannya. Si lelaki tersebut sanggup menunggu bertahun lama dan tetap berusaha untuk menambat hati perempuan tersebut.

Berkat doa dan kesabaran, akhirnya mereka bersatu dan membina mahligai bersama. Single ‘Paku’ ini diterbitkan sepenuhnya oleh Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. dan bakal menemui peminat-peminat di corong-corong radio seluruh Malaysia tidak lama lagi.