Pelakon Dato Adi Putra agak keliru dengan jemputan yang dihantar oleh sebuah stesen televisyen bagi menghadiri Anugerah Skrin 2018 (ASK 2018) yang bakal berlangsung pada 2 November ini.

Adi mempersoalkan cara stesen televisyen swasta itu menjemput dirinya yang ternyata kurang jelas. Adi berkata, dia sendiri tidak pasti samaada namanya atau drama lakonananya yang tercalon dalam Anugerah berprestij itu. Menerusi laman Instagramnya, Adi memberitahu tiket atau pas untuk hadir ke majlis itu perlu diambil sendiri sebelum tarikh yang telah ditetapkan.

Menurut Adi atau nama sebenar Mohamed Hadi Putera bin Halim, dia beranggapan cara ia dijemput agak kurang sesuai oleh stesen televisyen berkenaan.

Hmm, apa-apa pun fikir positif saje lah, mungkin ada alasan tertentu mengapa mereka suruh ambil tiket sendiri. Mudah-mudahan dengan kehadiran Adi, siapa tahu ada rezeki rangkul anugerah pada malam tersebut.

Artikel SebelumnyaWow! Ara Berikan ‘Paku’ Pada Peminat
Artikel SeterusnyaBiar Betul! 6 Selebriti Hollywood Ini Pernah Berhubungan Seks Dalam Pesawat
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.