Umum mengetahui, beberapa minggu yang lalu penyanyi Wany Hasrita telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH Ke-31. Kemenangan tersebut turut memecah dominasi selama beberapa tahun yang dirangkul oleh mereka yang bergelar pelakon mahupun pengacara.

Terima Hadiah Kereta

Di atas kemenangannya itu, Wany telah berjaya memenangi sebuah kereta jenis Citroen C4 Picasso L2, trofi dan hadiah iringan lain. Lebih manis, Wany berkongsi kejayaannya itu dengan menghadiahkan kereta tersebut buat ibu tersayang, Norita Jaafar.

“Kereta yang dimenangi ini dihadiahkan kepada ibu yang menjadi idola dan tulang belakang kekuatan saya sejak dulu. Rezeki daripada kemenangan itu juga memudahkan pergerakan ibu untuk menjalani rutin harian”

Kenang Jasa Ibu

Menurut Wany, hadiah tersebut diberikan pada ibunya bagi mengenang jasa insan yang sanggup berkorban untuk membesarkannya selama ini. Tambahnya lagi, ibunya juga tidak membenarkannya memandu sendiri kerana bimbang akan faktor keselamatan. Biarpun dikecam hebat, bagi Wany ini merupakan titik permulaan untuk dia pergi lebih jauh dan sebagai cabaran untuk menjadi lebih baik kelak. Tahniah diucapkan buat Wany Hasrita!

SUMBERBerita Harian
Artikel SebelumnyaKembar Faizal Tahir, Joe Aziz Dihalau Dari MeleTop Undang Kemarahan Netizen
Artikel SeterusnyaBeli ‘Followers’ Di Instagram? Ini Penjelasan Neelofa
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress