Awal minggu lalu, kami telah memuat naik satu artikel dimana seorang netizen telah melaporkan terdapat 9 selebriti dan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai jumlah pengikut yang palsu di Instagram mereka. Menduduki tangga teratas adalah Neelofa, anak pasangan artis, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, Yusuf Iskandar, Nora Danish, Mira Filzah, Uqasha Senrose, Amyra Rosli dan Zizan Razak.

IKLAN

Tidak Tahu Niat Netizen Tersebut

Mengulas lebih lanjut mengenai isu beli ‘followers’ di Instagram, jelas Neefola dia menafikan bahawa dia membeli pengikutnya. Tambah pengacara itu lagi, dia sama sekali tidak mengetahui niat sebenar lelaki berkenaan berbuat demikian.

BACA  [VIDEO] Neelofa Sedih Tidak Dapat Bersama Datuk Yang Sedang Sakit

Cetuskan Kekeliruan

Tambahnya lagi dengan menggunakan istilah ‘palsu’ ianya bakal mencetuskan kekeliruan dan netizen juga akan beranggapan sememangnya dia membeli pengikut di Instagram.

“Apabila dia menggunakan terma pengikut palsu, ramai yang mula beranggapan lain. Kenapa perlu dia berbuat begitu? Ia membuatkan ada orang salah faham apabila mereka ingat saya membeli pengikut di Instagram. Sebetulnya, dia patut menggunakan terma ‘bad followers’ atau mereka yang mengikut sekadar untuk menghentam. Mereka tidak ubah seperti ‘haters’ (pembenci). Daripada saya didakwa kononnya membeli lebih sejuta pengikut palsu, lebih baik saya beli 10 juta,”

Neelofa kini mempunyai 5.8 juta pengikut di Instagram dan merupakan selebriti yang mempunyai jumlah pengikut yang paling ramai di Malaysia.