Pelbagai rentetan kejayaan dicatat pada tahun ini oleh penyanyi tersohor negara, Dato Seri Siti Nurhaliza. Pada minggu yang lalu, dia menerima pengiktirafan dari The World’s 500 Most Influential Muslim untuk kali keempat berturut-turut sebagai antara 500 muslim yang berpengaruh di dunia.

Dinobatkan Sebagai Tourism Icon Of The Year

Terbaru, satu lagi kejayaan ditempa Siti apabila dia menerima pengiktirafan di Malaysia Tourism Council Gold Awards 2018 sebagai ikon pelancongan tahunan atau lebih dikenali sebagai Tourism Icon Of The Year.

” Alhamdulillah , Terima kasih kepada penganjur Malaysia Tourism Council Gold Awards 2018 kerana memberi kepercayaan kepada saya bagi anugerah Tourism Icon of the year(celebrity)’

Peminat Anggap Siti Layak Diiktiraf Sebagai Ikon Pelancongan

Siti turut berkesempatan memuat naik gambarnya di Instagram yang memperlihatkan dia menerima cenderamata pengiktirafan dari Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah di majlis berkenaan.

BACA  Sweet! Siti Nurhaliza Terima Hadiah Dari Suami Sempena Tahun Baru

Ruangan komen sosial media pelantun Anta Permana itu turut dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada para peminat. Rata-rata menyifatkan Siti sememangnya layak menerima pengiktirafan tersebut memandangkan namanya cukup dikenali di kebanyakan negara. Tahniah diucapkan buat Dato Seri Siti Nurhaliza!