Bulan November merupakan bulan yang di tunggu-tunggu oleh masyarakat India di Malaysia. Ini adalah kerana sambutan perayaan Deepavali yang bakal diraikan pada 6 haribulan ini merupakan tarikh keramat yang bagi kaum India di Malaysia dalam menyambut perayaan mereka.

Sempena sambutan Deepavali yang bakal tiba ini, jom jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sambil bersama-sama meraikan Deepavali!

1Little India Brickfields

Gambar Kredit : Attraction in Malaysia

Setiap kali perayaan Deepavali diraikan pastinya Little India di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields Kuala Lumpur ini menjadi perhatian rakyat jelata.

Jika anda mengunjungi Little India pada 6 haribulan November ini, anda akan melihat betapa riuhnya suasana sambutan perayaan Deepavali yang di adakan sini!

Malah sepanjang musim perayaan ini berlangsung anda boleh mengunjungi kedai-kedai yang menjual pelbagai juadah makanan, pakaian, aksesori dan barangan dekorasi sempena sambutan Deepavali ini.

2Batu Caves

Gambar Kredit : Attraction in Malaysia

Selain Little India, Batu Caves merupakan salah satu tempat utama yang mesti anda kunjungi apabila perayaan Deepavali menjelang.

Ini kerana ramai masyarakat India yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor akan berada di kuil Sri Subramaniam yang terletak di dalam Batu Caves ini sempena menyambut perayaan Deepavali ini.

Tambahan lagi, kuil ini merupakan tarikan utama para pelancong, baik dari segi pelancong tempatan mahupun luar negara. Jadi bagi anda yang ingin dan gemar untuk mengenali dan melihat sendiri budaya serta keunikan masyarakat India di Malaysia ini, anda harus mengunjungi Batu Caves dan melihat sendiri betapa meriahnya suasana sambutan Deepavali yang diadakan di Malaysia.

3Jalan Tuanku Abdul Rahman

Gambar Kredit : The Star Online

Nama tempat yang cukup sinonim dalam mencari barang-barang terutamanya menjelang musim perayaan! Jalan Tuanku Abdul Rahman merupakan pilihan utama perbagai masyarakat berbilang kaum di Malaysia dalam mencari barangan bagi persediaan musim perayaan.

Bagi yang sering menunjungi Jalan Tuanku Abdul Rahman ini, pasti anda sudah lali dengan kesesakan yang dihadapi dalam mencari barang pilihan hati bukan?

Tetapi ia bukan penghalang bagi masyarakat India untuk menyambut perayaan Deepavali ini. Bazaar di Jalan Tuanku Abdul Rahman terkenal dengan pelbagai barangan menarik.

Perayaan Deepavali merupakan salah satu perayaan terbesar di Malaysia dan setiap kali musim perayaan diraikan pastinya suasana di Malaysia menjadi riuh!

Jadi bagi anda yang masih mencari barang-barang persiapan Deepavali atau mahu berjalan-jalan semasa musim perayaan Deepavali, anda boleh mengunjungi tiga tempat menarik ini.