Masihkah anda ingat dengan imej penyanyi Justin Bieber sekitar 2016? Ya! Ketika itu dia telah membotakkan kepalanya selain tampil dengan beberapa eksperimentasi imej rambutnya termasuklah dreadlock.

Kembali Botak

Terbaru penyanyi antarabangsa ini kembali membuat kejutan apabila dia dilihat telah berkongsi imej terbaharunya yang berkepala botak di InstaStory nya baru-baru ini. Ternyata imej nya itu benar-benar mengejutkan ramai peminat apatah lagi sebelum ini dia telah menyimpan rambutnya yang agak panjang.

Mungkir Janji

Dalam perkembangan lain, keputusan Bieber untuk membotakkan kepala nya itu ternyata mendapat liputan meluas memandangkan penyanyi berusia 24 tahun itu pernah berjanji tidak akan lagi memotong rambutnya. Terdahulu Bieber pernah dilihat berkunjung ke sebuah salun bersama isterinya, Hailey Baldwin namun hanya sekadar untuk melakukan rawatan rambut. Percaya atau tidak? You Better Belieber It

SUMBEREOnline
Artikel SebelumnyaMenjelang Konsert Di Malaysia, Afgan Kecewa Dengan Datuk Seri Rossa
Artikel SeterusnyaRM33 Ribu Semalam! Beginilah Villa Mewah Kim Kardashian Di Bali
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress