Hubungan rapat penyanyi dari Indonesia, Afgan Syahreza dan Datuk Seri Rossa, sudah bukan menjadi rahsia lagi. Pasangan memang sering terlihat berdua di setiap kesempatan.

Namun baru-baru ini ternyata Afgan mengaku sedikit kecewa dengan pelantun “Ayat-Ayat Cinta” ini. Kenapa ya?

Ini kerana Rossa tak dapat hadir dalam konsert solonya yang akan diadakan di Malaysia, 3 November ini.

“Teh Oca (Rossa) enggak bisa hadir. Ada gigs. Which is agak kecewa juga sih,” katanya kepada Antara News.

Jika dilihat pada mana-mana acara persembahan sebelumnya, baik Afgan mahupun Rossa saling meluangkan waktu untuk hadir memberi sokongan.

Ketidakhadiran Rossa ini bukanlah disengajakan. Di hari yang sama, Rossa juga mengadakan konsert.

Walaupun tak boleh hadir dalam konsertnya, Afgan menjelaskan Rossa juga akan terus menyokong dan meberi semangat kepadanya untuk menjayakan konsert solo ini.

“Dia support banget sih. Responsnya selalu support, dia bantu saya jual tiket di Instagram,” ujarnya

SUMBERAntara News
Artikel SebelumnyaSiti Nurhaliza Diiktiraf Sebagai ‘Tourism Icon Of The Year’
Artikel SeterusnyaMungkir Janji! Justin Bieber Kembali Dengan Imej Botak
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.