Bercakap mengenai kumpulan penyanyi lelaki terkenal dari Korea, BTS pasti akan cetuskan fenomena nya tersendiri. Bukan sahaja di Korea dan di Asia, malah BTS juga begitu diminati ramai peminat di Hollywood sehingga menerima pelbagai pengiktirafan di sana.

Yuna Mahu Berduet Dengan BTS

Terbaru, penyanyi terkenal Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna turut berhasrat untuk berduet dengan kumpulan terkenal itu.

Impiannya itu disuarakan Yuna menerusi laman Twitter yang mengharapkan karier nya pada 2019 akan semakin berkembang dengan baik.

Peminat Teruja

Melihatkan pada Tweet Yuna itu yang mendapat perkongsian 14 ribu itu turut disambut baik oleh pengikut-pengikutnya. Malah mereka berasa begitu teruja apabila Yuna meluahkan keinginannya untuk berduet bersama BTS.

Terdahulu beberapa orang penyanyi terkenal turut ingin berduet dengan Yuna antaranya seperti Shawn Mendes, Zedd dan DNCE.

SUMBERTwitter Yuna
Artikel SebelumnyaRM33 Ribu Semalam! Beginilah Villa Mewah Kim Kardashian Di Bali
Artikel SeterusnyaComel Atau Menakutkan? Lihat The Kardashians Melaram Di Malam Halloween
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress