Selebriti Kim Kardashian bersama dua saudara perempuannya, Khloe dan Kourtney, dikhabarkan meluang masa bercuti di Bali pada minggu lalu. Menurut E News pada Selasa (30/10), percutian yang mendapat liputan media secara meluas ini sebenarnya untuk merayakan ulang tahun Kim yang ke-38. Seperti yang dilaporkan, Kim telah menghabiskan wang sebanyak USD$ 30, 000 atau sekitar RM 125, 535 untuk percutian mewah ini.

View this post on Instagram

A post shared by Kim Kardashian West (@kimkardashian) on

Selama lima hari Kardashian dan anak-anaknya dikatakan bermalam di villa Soori Bali yang terletak di Kerambitan, Tabanan. Penginapan ini bukanlah biasa-biasa, ia mencecah ribuan ringgit untuk 1 malam saja.

Lokasi bilik yang dipilih oleh Kim, Khloe dan Kourtney menghadap pantai dan dilengkapi dengan ruang gym peribadi, spa dan fasiliti serba mewah.

Di Soori Bali, Villa yang paling murah dinamakan Mountain Pool Villa, iaitu vulla dengan satu bilik dengan pemandangan sawah padi. Anggaran harga bilik tersebut mencecah US$1,120 (sekitar RM 4,707) untuk dua malam.

Menurut laporan, Kim memilih unit yang paling mewah yang dinamakan Soori Estate, berupa villa dua tingkat dilengkapi sepuluh bilik, kolam renang, dapur dengan pemandangan lautan Hindi.

Kos untuk bilik ini mencecah US$8,000 (sekitar RM33,476) untuk satu malam.

Selain bersantai di resort mewah, ketiga-tiga adik-beradik itu juga mengunjungi Desa Tampaksiring yang menjadi rumah bagi Candi Gunung Kawi.

Dari gambar yang terpampang di akaun Instagram miliknya, Kourtney terlihat sedang menggendong seorang gadis kecil ketika sedang menjelajah sekitar desa.

View this post on Instagram

Eat Pray Love

A post shared by Kourtney Kardashian (@kourtneykardash) on

View this post on Instagram

Eat Pray Love

A post shared by Kim Kardashian West (@kimkardashian) on

Selain terpikat pada keindahan Pulau Dewata, mereka juga mengaku jatuh hati dengan keramahan masyarakat tempatan Indonesia.

SUMBERCNN Indonesia
Artikel SebelumnyaMungkir Janji! Justin Bieber Kembali Dengan Imej Botak
Artikel SeterusnyaPeminat Teruja Yuna Mahu Berduet Dengan Kumpulan BTS
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.