Teka-teki peminat mengenai pelakon ini ternyata benar apabila sebelum ini terdapat dakwaan bahawa pelakon Hanis Zalikha sedang hamil anak keduanya. Terdahulu, Hanis yang berkahwin dengan Hairul Azreen dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Yusuf Iskandar yang kini berusia 2 tahun 5 bulan.

Hairul Sahkan Hanis Hamil

Berita gembira mengenai kehamilan Hanis telah disahkan sendiri Hairul semalam menerusi akaun Instagram nya. Nampaknya tidak lama lagi kanak-kanak paling popular ini bakal menjadi seorang abang.

Ahamdulillah , insyaallah Yusuf Iskandar bakal dapat adik 🙏🏻 #RezekiMilikALLAH thank you Allah ☝️

Punca Tak Main Permainan Lasak

Ketika ini, mereka sekeluarga sedang bercuti di Jepun dan ramai yang tertanya mengapakah Hanis tidak turut serta dalam permainan-permainan lasak yang berada di sana.

Jawapan tersebut telah pun terjawab selepas berita gembira tersebut dikongsi oleh Hairul. Rata-rata netizen begitu gembira dengan khabar berita tersebut dan mendoakan kesihatan Hanis dan kandungannya. Tahniah diucapkan!