Sering kali kita melihat pembikinan sebuah dokumentari melibatkan binatang-binatang liar kelihatan agak senang dan mungkin ianya hanyalah sekadar suntingan. Jika anda masih berfikiran begitu, ketahuilah fakta yang kawi bawakan berikut kerana anda pasti mengubah fikiran dan mungkin akan memberikan ‘standing ovation’ kepada mereka yang terlibat di sebalik pembikinan dokumentari tersebut.

5 Fakta Dokumentari Dynasties Ini Wajar Disanjungi!

Bermula 11 November ini, BBC Earth yang dipancarkan menerusi Unifi TV-501 akan menayangkan sebuah dokumentari melibatkan 5 binatang yang hidup dalam kelompoknya tersendiri. Chimpanzee, Emperor Penguin, Singa, Harimau dan Painted Wolves (Serigala) ditampilkan menerusi Dynasties. Menariknya lagi, 5 fakta ini turut direkodkan!

5Berjalan Berpuluh Kilometer Sehari

Bagi mencari dan membongkar tabiat sebenar haiwan-haiwan ini, krew produksi terpaksa berjalan hampir berpuluh-puluh kilometer! Bagi penggambaran Chimpanzee di Senegal, krew terpaksa berjalan 24 kilometer sehari dan jumlah keseluruhannnya menjadikan hampir 2400 kilometer. Di Kenya pula untuk penggambaran Singa, jumlah yang sama turut direkodkan.

4Penggambaran Lebih Dari Setahun

Benar! Kesemua lima siri ini mengambil masa lebih dari setahun bagi tujuan penggambaran. Malah ada diantaranya mencatat 2 tahun penggambaran di tempat-tempat yang terdedah dengan bahaya.

3Risiko Dengan Maut

Boleh dikatakan hampir kesemua haiwan ini memberi ancaman kepada pihak produksi kecuali si comel Penguin. Untuk pengetahuan anda untuk dapatkan ‘shot’ yang terbaik ada diantara jurugambar ini mengambil rakaman betul-betul di hadapan haiwan liar ini. Malah ada diantaranya yang cuba ‘mengintai’ krew ini di cermin kereta mereka.

2Cuaca Yang Tidak Menentu

Umum Mengetahui bahawa cuaca atau iklim haiwan adalah berbeza. Bayangkan mereka terpaksa menahan panas terik serta mengigil kesejukan suhu di bawah 0 celcius. Dikhabarkan krew produksi telah menahan ‘siksa’ 62 hari tanpa melihat matahari ketika di Antartika.

1Laluan Yang Berliku Dan Disengat Tebuan!

Begitu mencabar! Beratus ribu kilometer terpaksa ditempuh dengan laluan yang berliku-liku. Malah mereka juga sampai tidak terkira berapakah kerosakan kereta yang mereka naiki ketika penggambaran. Lebih menakutkan, mereka juga disengat tebuan ketika penggambaran!