Jika semalam kelima-lima anak daranya telah mencetuskan perbualan hangat dikalangan peminat dengan memakai hanya pakaian dalam untuk Halloween, kali ini giliran si ibunya pula, Kris Jenner untuk tampil dengan spekulasi hangatnya.

Dapat Kereta Ferrari Sebagai Hadiah Hari Lahir

Manakan tidak sempena dengan ulangtahun kelahirannya yang ke 63, hot momma ini telah menerima sebuah hadiah yang begitu mewah! Sebuah kereta berjenama Ferrari kini milik Kris dan ternyata harga nya juga menjadi sebutan ramai kerana dianggarkan ianya berharga 250,000 dolar.

Hadiah Pemberian Kylie Jenner

Ramai yang menyangkakan ianya adalah pemberian Kim sebagai anak sulung Kris. Akan tetapi telahan mereka ternyata salah kerana Ferrari tersebut adalah kejutan dari Kylie Jenner.

Selain bergelar model, Kylie juga merupakan seorang ahli perniagaan yang terkenal terutamanya dalam bidang kosmetik. Tidak hairanlah dia mampu membelikan Kris sebuah kereta mewah. Bertuah betul Kris Jenner!

SUMBERDaily Mail
Artikel SebelumnyaLuahan Hati Joe Aziz Selepas Dihalau Keluar Oleh Nabil Ahmad Dalam MeleTop
Artikel SeterusnyaAlicia Amin Beri Pandangan Tentang Isu “Ketuanan Melayu Telah Berakhir”
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress