Sebelum ini kami ada mengeluarkan artikel tentang luahan hati netizen yang agak kecewa dengan layanan pengacara Nabil Ahmad terhadap pelawak, Joe Aziz yang dihalau keluar dari studio MeleTop selasa lalu.

Sedar akan kepedulian netizen terhadap dirinya, Joe Aziz telah mengeluarkan kenyataan berhubung dengan situasi yang dialami olehnya di laman Youtube semalam.

“Terima kasih kepada semua.. saya jugak agak teperanjat semalam di layan sebegitu.. Mungkin saya tak cukup popular kot di malaysia Haha. Apapun sama2 kita doa yang baik-baik dan fikir yang baik-baik. Salam perkenalan dari saya untuk semua penonton.”

Joe Aziz telah berkongsi kisah di sebalik rancangan asal program tersebut di mana dia sepatutnya membuat kejutan semasa Faizal Tahir membuat persembahan. Disebabkan pihak produksi telah mengubah perancangan awal pada saat-saat akhir, Joe jadi keliru.

Dia sedar bahawa dirinya bukanlah popular dalam industri seni dan tak sepatutnya diperlakukan sedemikian rupa.

“Semalam sepatutnya mengikut plan asal saya membuat kejutan dekat faizal tahir ketika sedang menyanyi saya muncul… Last minit pihak produce tukar plan suruh saya buat kejutan dekat host yang tak tahu apa tentang kehadiran saya… Akhirnya saya seperti seorang badut yang tak tahu nak buat apa.. Dan di halau sebegitu rupa..

“Saya sedar bukan nama yang sangat besar dalam industri seni ini.. Kalau nak suruh saya keluar tunggu lah iklan atau menghargai dengan kehadiran saya sudah cukup buat saya tersenyum. Saya jugak tidak menyalahkan nabil dan lofa sebab mereka langsung tidak di bagitahu tentang kehadiran saya.. Cuma saya agak terasa hati bila di layan sedemikian rupa.. Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongkan kepada saya.”

Pada yang terlepas untuk episod kali ini, MeleTop telah menjemput Joe Aziz yang dikatakan mempunyai wajah yang agak mirip dengan penyanyi Faizal Tahir. Joe Aziz juga pernah muncul dalam sebuah Parodi Meletop MV Ragaman yang manjadi tular sebelum ini.

Kehadiran Joe Aziz sebenarnya sekadar gimik sebelum munculnya Faizal untuk berkongsi kejayaan single terbarunya berjudul Ragaman.

Artikel Sebelumnya[VIDEO] Fazley Yaakob Raih 20 Trofi Di MIGF 2018
Artikel Seterusnya[VIDEO] Kris Jenner Dapat Kereta Ferrari Sempena Hari Lahir
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.