Dipetik dari laporan Utusan sebelum ini, Syed Saddiq yang juga Ketua Pemuda Bersatu dilaporkan berkata, zaman ketuanan Melayu telah berakhir selain Malaysia bergerak ke arah fasa baharu yang memperjuangkan kesaksamaan. Video Ahli Parlimen Muar itu turut menjadi tular di media sosial semalam dan menjadi perbincangan orang ramai.

Ada yang bersetuju dan ada yang tidak, malah ada juga yang cuba memberikan tafsiran lebih berlainan terhadap isu ini. Kenyataan Syed Saddiq ini disambut dengan pelbagai cara, ada yang menyambutnya dengan penuh emosi dan ada yang bersetuju dengan beliau.

Isu ini turut mendapat pandangan positif dari pelakon dan model popular Alicia Amin terhadap konsep “Ketuanan”. Bagi Alicia, setiap manusia berhak mendapat layanan yang sama rata, tak kira bangsa, agama dan jantina.

Itu sekadar pendapat ringkas dari Alicia mengenai isu ini. Sudah menjadi lumrah, dalam sesuatu isu itu pasti akan ada yang menyokong dan akan ada juga yang membantah, setiap orang berhak untuk mempunyai pandangan yang berbeza-beza tentang sesuatu perkara atau isu.