Sudah lebih tahun mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Hanif Zaki, pelakon jelita Anzalna Nasir sedikit pun tidak terasa hati mahupun terkilan dengan kata-kata negatif mempertikaikan mengapa beliau masih belum dikurniakan zuriat.

Anzalna percaya dengan setiap perancangan Tuhan buat dirinya dan beliau juga tidak pernah henti berusaha untuk mendapatkan cahaya mata.

“Saya tak peduli pun orang nak cakap apa tapi saya tahu Tuhan itu merancang segalanya jadi bagi saya suatu hari mereka akan tahu.

“Kalau saya sendiri yang merancang saya bolehlah sentap dengan kata-kata sedemikian tapi ini semua ketentuan Allah.

“Go ahead nak kata apa pun, saya tak ambil berat pun orang cakap apa pun”, kata Anzalna kepada Astro Gempak.

Buat Anzalna beliau juga tidak mahu terburu-buru dalam soal itu dan menikmati setiap momen yang ada untuk terus bermanja berdua bersama suaminya. Hangat.com mendoakan Anzalna serta suami tabah menghadapi dugaan sebagai suami isteri. Semoga Tuhan makbulkan segala doa pasangan ini untuk menerima cahaya mata tidak lama lagi, in shaa Allah, aamiin!

SUMBERAstro Gempak
Artikel Sebelumnya[GAMBAR] Zara Zya Dilamar Hafreez Adam Dengan Sebentuk Cincin!
Artikel Seterusnya5 Fakta Dokumentari Dynasties Ini Begitu Menggerunkan!
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"