Umumnya, Gegar Vaganza musim 5 menyaksikan Datuk Seri Aliff Syukri menjadi penaja utamanya dan setiap minggu jutawan kosmetik ini akan mencelah untuk mempromosikan produknya. Setiap kali diberi kesempatan untuk mengiklankan produknya, pasti haru-biru dibuatnya. Tanpa rasa segan, ada kalanya Aliff agak keterlaluan mempromosikan produk beliau walaupun diberikan masa yang singkat.

Semalam di konsert minggu ke 6, Aliff dengan yakinnya mahu memberi produknya kepada seorang wanita yang dikatakan ‘hodoh’. Kenyataan ini telah mengundang kecaman netizen di laman media sosial.

Hal ini turut membuatkan Datuk Fazley Yaakob terpanggil untuk menegur cara Aliff mempromosikan produknya. Menerusi akaun Instagram Fazley, dia mengatakan lawak yang dibawa oleh Aliff agak keterlaluan. Bagi Fazley, Aliff sepatutnya tidak menggunakan perkataan yang sensitif seperti warna kulit dan melabel wajah seseorang hodoh.

“Maaf.. its too much jika sekadar untuk marketing. Banyak lagi cara untuk menjual jenama, bukan menggunakan perkataan berbaur racist terhadap warna kulit seseorang, melabelkan wajah seseorang sebagai kurang sempurna, apatah lagi meletakkan foundation dengan tangan untuk ‘mencantikkan’ seseorang di sebuah program yang begitu ramai pengikutnya”

Fazley berkata, ia agak memalukan juga buat penonton yang turut sama ketawa lucu melihatnya. Sebagai seorang yang berpengaruh, Alif haruslah peka bahawa ramai anak-anak yang menonton, ramai ibu bapa yang menonton.

“Marketing harus bijak.. bukan jumud dan melulu! Kaya tak menjamin adab, kaya juga tak menjamin kebijaksanaan. Seeloknya permohonan maaf harus di usahakan, sebelum bara menjadi api besar yang terus menelan maruah dan membakar punca rezeki ‘downliners’ yang turut terkena tempiasnya!”

View this post on Instagram

😰 #biarapaorgkata

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Aliff sememangnya memang dikenali dengan  isu dikecam dan ini bukanlah kali pertama  dia membuat kesilapan depan TV. Sepatutnya dia sudah berhati-hati untuk melakukan sesuatu perkara ketika bersiaran langsung supaya tidak mengguris hati orang lain.

Artikel SebelumnyaAlasan Jet Li Mewasiatkan Harta RM1.5 Billion Kepada Wanita Ini
Artikel SeterusnyaSebelum Meninggal Dunia, Pretty Asmara Mengaku Didatangi Pelawat Misteri
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.