Bagai Pinang Dibelah Dua, itu gambaran yang diberikan buat pasangan diraja Tengku Bakar dan Tengku Iman Abdullah ketika bersanding dalam majlis serba-serbi penuh seri hasil kerja tangan Glam Wedding. Lebih mempesonakan, mempelai menyarung busana songket rekaan Dato’ Rizalman Ibrahim.

Pasangan ini diraikan dalam majlis resepsi perkahwinan mereka di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur semalam 5 November 2018.

Hampir setiap gambar yang dikongsi di merata laman Instagram, termasuklah usahawan dan hos popular, Neelofa yang turut berkongsi hari indah ini di akaun Instagramnya.

Kredit Foto: Afzan Shakira
Kredit Foto: IG CKay Liow
Kredit Foto: IG CKay Liow
Kredit Foto: IG Ferhat Nazri
Kredit Foto: IG Muna Puteri
Kredit Foto: IG missshortcakes
Kredit Foto: IG EhMalaysia

Seperti yang pernah kami siarkan menerusi sebuah artikel sebelum ini, Tengku Puteri Iman merupakan anak kepada pelakon veteran, Julia Rais hasil perkahwinannya dengan Pemangku Sultan Pahang, Tengku Abdullah.

Pasangan ini bernikah pada 4 Ogos yang lalu oleh Tengku Abdullah sendiri dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan sahabat terdekat. Didoakan buat jodoh pasangan diraja Pahang ini berkekalan sehingga ke anak cucu. Merafak ucapan tahniah buat Tengku berdua!