Ramai orang mengimpikan wajah putih kerana menganggap ianya adalah salah satu simbol kecantikan. Betul ke? Jangan terkeliru, itu semua taktik yang digunakan oleh peniaga kosmetik ke dalam minda pembeli dengan bertujuan untuk melariskan produk yang dijual. Bagi kami, kecantikan itu suatu perkara yang subjektif.

Seperti produk yang dipromosikan oleh usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri yang menjadikan kulit lebih putih. Kontroversi tercetus, selepas tindakan Aliff mencari ‘ugly woman’ atau wanita hodoh di kalangan hadirin di Gegear Vaganza minggu lalu itu dilihat sebagai kurang ajar kerana tidak beradab dan tidak menjaga perasaan wanita tersebut.

Selain netizen, ramai selebriti yang menyuarakan pandangan dan menegur sikap Aliff yang menganggap tindakannya itu salah. Bekas juara Gegar Vaganza Musim ke 5, Aishah telah terpanggil untuk menyuarakan pandangannya tentang produk pemutihan kulit.

“Dari dulu lagi I tak pernah setuju dengan pemasaran dan promosi produk memutihkan dan lain-lain. Kerana ia memberi mesej yang putih tu lebih baik. Ini mesej yang sangat negatif kepada mereka yang dilahirkan tidak berapa nak putih.

So what??? Dah Allah jadikan begitu, cantik atau tidak semua subjektif. Hentikan menghantar mesej negatif begini sehinggakan orang ramai merasa rendah diri sekiranya tidak memenuhi kriteria yang dibuat-buat oleh orang yang nak melakukan produk masing-masing.

Aishah turut menegur Aliff Syukri yang agak memalukan kerana bersikap rasis terhadap bangsa lain lagi-lagi ketika bersiaran langsung di kaca TV.

“Penaja rancangan janganlah sampai macam tu sekali memalukan orang di kaca tv. Walaupun dalam senda gurauan. Jagalah sensitiviti orang yang berbagai bangsa. Mungkin dia selalu bergurau kasar dengan kawan-kawan tetapi kita kena selalu ingat ada kata-kata kita yang boleh digunakan pada khalayak ramai dan ada yang hanya boleh digunakan dalam kelompok private group kita.”

“Kepada Aliff Syukri pergilah cari seorang guru public speaking dan etika dan belajar cara yang baik untuk penampilan diri. Supaya tidak ada sensitiviti orang lain yang tercalar. Putih hitam sawo matang apa saja ciptaan Allah swt itu cantik semua tidak ada yang ugly.”

Menerusi laporan dari Sinar, Aliff berkata dia masih mempunyai akal fikiran selepas dikecam segelintir pihak berhubung strategi pemasarannya yang disifatkan keterlaluan.

Dalam pada itu, Aliff  berkata, dia terbuka untuk menerima teguran secara terus. Terdahulu Aliff memuat naik video di IG meluah kekesalannya dengan panjang lebar.

Artikel SebelumnyaMaria Ozawa Ke Bali, Indonesia Hanya Duduk Sehari. Ada Apa?
Artikel SeterusnyaTeruk Dikecam! Shahida Larang Aliff Syukri Muncul Di Kaca Televisyen
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.