Ekoran dari kontroversi yang tercetus pada Ahad lalu gara-gara menggelar seorang wanita sebagai wanita hodoh, Datuk Seri Aliff Syukri teruk dikecam sehingga mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia yang menonton secara langsung konsert Gegar Vaganza 5.

Isteri Turut Terkena Tempias

Lebih memalukan, isteri Aliff, Datin Seri Nur Shahida turut terkena tempias apabila netizen turut menyindir serta memakinya kerana insiden tersebut. Tidak mudah melatah, Shahida sebaliknya mengucapkan terima kasih atas teguran tersebut serta akan memperbaiki kelemahan mereka selaku penaja utama rancangan itu.

Larang Aliff Muncul Di Kaca Televisyen

Mengambil iktibar akan kejadian tersebut, Shahida turut ‘melarang’ serta mengharapkan suaminya itu tidak lagi muncul di mana-mana kaca televisyen mahupun hadir ke rancangan itu. Baginya biarpun sebagai penaja, namun dia percaya dengan pengalaman mereka yang sudah bertahun=tahun dalam bidang perniagaan, pelanggan setia mereka akan sentiasa mendapatkan produk keluarannya.

View this post on Instagram

i dah cakap dengan u x perlu keluar tv sbb x semua faham cara u cakap sebab u suka terlepas @aliffsyukriterlajaklaris ……x pasal banyak betul orang yg sekolahkan u hari ni,Dato,Dr la,chef la,artis semua adalah……. Yang kenal tau lah yg x kenal mcm2 ayat dorang keluar,sampai semua perkataan maki hamun dah keluar sampai dorang pun x tau nak maki apa dahπŸ˜… . minggu depan @aliffsyukriterlajaklaris jgn pergi GV lagi.. Jika u pergi juga,anggap je u cari gaduh dgn i…biar je orang yg pandai sangat kutuk tu promote…..kita ni x educated… dah minta maaf dah pun semalam waktu live apa lagi x kena x tau la😌 . So lepas ni minggu depan u x perlu pergi Gegar Vaganza lagi duduk rumah je lagi bagus…….x perlu keluar TV pun nak promote…kita dah niaga lama Insya Allah dah banyak pengguna setia…πŸ˜‡ Bila time kita kena hina jadi bahan ketawa,x de plak yg nak kesiankan kita…. nak pertahankan kita, …..sikit2 cakap kaya tapi bodoh,money can’t buy class la….kita bukan niaga cari duit nak beli class,nak bagi keluarga senang dah bahgia……Dalam pada mengutuk juga,tapi semua pun sibuk semua cari minta sponsor la sumbangan la,bantuan dah,kita kena sedar satu je manusia suka pandang keburukan dan kekhilafan kita,baik kita,langsung x pernah orang nampak……jadi jomlah kita pindah duduk kampung bela kambing jaga ayam itik lagi bagus….yg nak sambung kutuk silakan kot x habis lagi ada ayat2 yg belum keluar,kutuk la sampai subuh,nanti penat berentilah tu….

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Akui Shahida lagi.tidak semua orang faham dengan sikap suaminya yang sering terlepas cakap semasa siaran langsung walaupun ia berlaku secara tidak sengaja. Malah pelbagai tohmahan terus dilemparkan meskipun pihak mereka sudah memohon maaf. Barangkali Aliff mahupun para penaja lain akan mengambil iktibar selepas kejadian ini agar tidak berulang lagi pada masa akan datang.