Tidak dinafikan antara pasangan duet yang begitu serasi adalah Siti Nordiana dan Allahyarham Achik Spin. Malah keserasian pasangan duet ini masih dikenang sehingga ke hari ini. Tidak lama kemudian, muncul pula Wany Hasrita dan adik kepada Allahyarham Achik yang juga penyanyi, Tajul yang dikatakan seperti klon kepada Siti Nordiana atau lebih mesra disapa sebagai Nana dan Achik.

Netizen Mahu Wany Dan Tajul Cari Identiti

Untuk Wany dan Tajul juga mempunyai beberapa buah lagu duet dan sehingga kini kedua-dua penyanyi hanya mempunyai lagu duet sesama sendiri. Ekoran itu, muncul pula komen berbaur negatif dari netizen yang mahukan kedua-dua penyanyi muda ini mencari identiti sendiri. Malah mereka turut mengharapkan agar mereka tidak lagi menjadi ‘klon’ kepada kedua-dua penyanyi tersebut.

BACA  6 Fakta Menarik Mengenai Perdana Menteri New Zealand Ini Mengagumkan!

Mudah Berkolaborasi

Terdahulu, kami di Hangat.com pernah mengutarakan soalan yang hampir sama kepada dakwaan netizen tersebut pada Bintang Paling Popular 2017 ini. Menurut Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 26 gandingan tersebut telah diaturkan memandangkan kedua-dua mereka bernaung di bawah label yang sama, FMC Music.

β€œsaya rasa semua orang tahu, kami bernaung di bawah FMC Music, jadi benda itu mudah situ, paduan suara sama, jadual perjalanan aktiviti juga mudah diuruskan oleh pihak syarikat, jadi disitulah terjadinya kolaborasi antara kami”

https://youtu.be/R2MhTPkDZOE

Barangkali mungkin kerana mereka sering kali berduet bersama ditambah pula Tajul mempunyai pertalian darah dengan Achik memperlihatkan mereka seperti ‘meniru’ gaya Nana mahupun Achik. Apa kata anda mengenai gandingan mereka? Kongsikan bersama kami!

BACA  Misteri Dilaila Kaut 4 Juta Kutipan Dalam 5 Hari Tayangan!