Pada konsert Gegar Vaganza minggu lalu, penyanyi Hetty Sarlene mencuri perhatian dengan memakai sepersalinan busana cantik berwarna biru yang direka oleh Chintafifi Boutique.

Peminat Dakwa Baju Hetty Sarlene Tiru Rekaan Baju Rozita Che Ta

Disebalik kecantikan baju tersebut, timbul pula dakwaan yang mengatakan rekaan tersebut seperti sama dan seolah-olah meniru busana pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta yang direka oleh Rizman Ruzaini. Dakwaan tersebut seterusnya turut mencetuskan pertelagahan peminat kedua-dua selebriti tersebut di laman Instagram.

Che Ta Bengang Idea Baju Ditiru

Isu tersebut turut mendapat perhatian Che Ta yang kemudiannya memuat naik gambar baju yang diperagakannya beserta perlian terhadap baju yang dipakai Hetty.

Menurut Che Ta, baju tersebut sama seperti yang direka  oleh Rizman Ruzaini pada Julai lalu meskipun pereka fesyen yang dikenali sebagai Seeri Fiffy memberitahu baju Hetty sebenarnya diinspirasikan daripada seekor burung merak.

Adakah benar dakwaan tersebut ataupun ianya secara kebetulan? Apa komen anda?