Tomok & Beto Kusyairi Dikecam Gara-Gara Berpakaian Seperti Wanita

Sejak beberapa hari yang lalu, Tomok dilihat telah memuat naik beberapa keping gambarnya yang berpakaian seperti seorang wanita. Turut kelihatan dalam gambar tersebut adalah pelakon Beto Kusyairi.

Jenaka Undang Kecaman

Meskipun gambar tersebut kelihatan seperti sebuah jenaka dan mencuit hati, namun terdapat beberapa komen dari segelintir netizen yang berupakan kecaman pada Tomok. Menurut mereka imej Tomok itu seolah-olah mempromosikan lagi LGBT yang hangat diperkatakan.

Pendakwah Anggap Tiada Kompromi

Melihatkan pada gambar-gambar tersebut, terdapat juga netizen yang meminta pandangan pendakwah mengenai isu tersebut.

Bagi pendakwah bebas, Pencetus Ummah Syed membertitahu tiada sebarang kompromi mengenai seseorang individu itu berpakaian seperti seorang wanita.

Malah ianya juga dilarang di dalam agama. Meskipun begitu, kami yakin Tomok sama sekali tidak berniat untuk mempromosikan LGBT apatah lagi membuat sesuatu bertentangan agama.