Hubungan ‘teman tapi mesra’ diantara pelakon Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana bukanlah rahsia lagi diantara peminat. Malah Nadzmi sendiri menganggap Ardell sebagai seseorang yang lebih dari sahabat meskipun Ardell hanya berkawan baik dengannya.

IKLAN

Ardell Buat Kejutan

Terbaru, Nadzmi telah berkongsi sebuah rakaman video di Instagram nya di mana Ardell telah membuat kejutan bersempena dengan ulang tahun kelahirannya. Malah Ardell turut menghadiahkan sebuah telefon bimbit dan beberapa hadiah lain sebagai hadiah hari lahir.

Nadzmi Menangis Terharuย 

Dalam posting tersebut, pelakon itu turut mengalirkan air mata serta meluahkan rasa terharu dan harapannya terhadap Ardell yang sentiasa berada dengannya tidak kira dalam waktu susah mahupun senang.

View this post on Instagram

Selamat menyambut Deepavali to all who celebrates it โ˜บ๏ธ. And to @nadzmiadhwa i never forget laa , your birthday . MyBestfriend birthday ๐ŸŽ‚kot @nadzmiadhwa ๐Ÿ˜…, how come aku lupa. Jangan merajuk dulu wawa, aku ingat.. aku saja wish lambat , aku tau kau mesti sedih/terasa punya ๐Ÿ™‚ sorry ok ๐Ÿคฃ( saja nak tengok kau sentap ). Aku da prepare dari 6hari lepas lagi โ˜บ๏ธtau , aku tak lupa pun , kau bz shooting aku tak nak kacau ๐Ÿ˜ƒ. Mari datang collect hadiah ๐ŸŽ kau dekat rumah aku kitorang dah tunggu ni, ๐Ÿ˜Šdah jadi pekasam da tu ( aku harap kau suka la ๐Ÿ˜‰) . Pejam celik , dah besar dah kau , genap usia kau 26 tahun harini .. cepat2 dewasa ok๐Ÿ˜Œ . Last , aku nak ingat kan aku ni sahabat kau .. setiap tahun pun birthday kau aku tak pernah lupa k โ˜๐Ÿป๐Ÿ˜’ , tak sampai hati tengok kau sedih ( Aku kan kakak, kau tu dah macam adik aku dah๐Ÿ˜ ) . Aku harap kau lebih gembira dari tahun sebelum nya , May Allah ease everything for you dunia & akhirat ๐ŸŒผโœจ wawa .

A post shared by ู†ูˆุฑ ุงู„ู‡ุฏุงูŠุฉ (@ardellaryana) on

Rata-rata peminat yang melihat serta membaca luahan hati Nadzmi turut merasakan perasaan yang sama apatah lagi keakraban mereka berdua sentiasa menjadi perhatian.

BACA  Wow! Gambar Terkini Shah Jaszle, Semakin Kurus & Segak

Terdahulu, Ardell didakwa ditimpa penyakit misteri dan sehingga ke hari ini pelakon itu tidak menceritakan apakah yang sebenarnya terjadi padanya. Apa pun sama-sama kita doakan yang terbaik buat Ardell dan buat Nadzmi, Selamat Hari Lahir dari kami!