Meskipun dikecam hebat sebelum ini, selebriti terkenal Neelofa jarang sekali menunjukkan rasa sedih mahupun putus asa di media sosial. Namun tidak kali ini kerana pengacara ini telah meluahkan sesuatu menerusi Insta Story nya.

Neelofa Sedih Tidak Dapat Bersama Datuk

Perkongsian Neelofa itu menarik perhatian kami, kerana berdasarkan video yang dimuat naik, difahamkan datuk kepada pelakon ini kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital. Turut berada disitu adalah ahli keluarga nya yang kelihatan sedih melihat keadaan datuk mereka yang terlantar menahan sakit.

Neelofa Sedih Tidak Dapat Bersama Datuk

Dalam posting yang sama, Neelofa turut berasa sedih dan terkilan kerana tidak dapat bersama datuk kesayangannya itu. Difahamkan, Neelofa tidak dapat bersama kerana terikat dengan komitmen kerja selain turut memberi nasihat kepada pengikutnya agar dapat meluangkan masa bersama ahli keluarga mereka selagi berkesempatan.

Sama-sama kita doakan agar datuk Neelofa kembali sihat seperti biasa.