Menerusi satu laporan dari MalaysiaGazette, kononnya penyanyi dan peserta Gegar Vaganza musim ke-5 (GV5) Amelina bersikap dingin dengan kumpulan Forteen saat mereka bersama-sama bersaing merebut gelaran Juara GV5.

Seperti yang dijelaskan oleh Amelina atau lebih mesra disapa Kak Long, menerusi video yang dimuatnaik di akaun instagramnya, dia berkata status sebagai artis senior bukan tiket untuknya bersikap meninggi diri terutama terhadap pendatang baharu industri hiburan.

Katanya, dia juga tidak pernah meletakkan sebarang jurang terutamanya status antara artis baru.

“Hah? Kaklong bergaduh dengan Fourteen? Ishhhhh ni memang gosip mengarut & tak masuk akal! Ini memang saja nak cari pasal dengan Kaklong ni”

“Seriously adik-adik Forteen ni adalah paling akrab dengan Kaklong sepanjang 7 minggu di GV5 ni. Mereka ni penghibur untuk Kaklong setiap kali rehearsal, make up atau ketika nk menunggu di belakang pentas. Lagipun management Kaklong sendiri rapat dengan diorang & manager budak-budak ni. Mereka semua ni ‘masuk air’ macam Kaklong juga, gelak je kerja kami semua kalau berjumpa. Tak pernah stress2, fikir sape nak menang ke langsung takde tau!”

Pesanan Amelina Buat Netizen

Amelina turut berpesan kepada netizen supaya jangan mengada-adakan cerita yang tak benar tentang hubungan mereka.

“So netizen yang cakap kami bermasam muka memang saja nak create cerita! Nak tumpang populariti kitaorang lah tu!

View this post on Instagram

#NewsUpdate Hah?! Kaklong bergaduh dengan @official.forteen di #GegarVaganza?! Ishhhhh ni mmg gosip mengarut & tak masuk akal! Ini mmg saja nak cari pasal dgn Kaklong ni.. 😡😡😡 . Seriously adik2 @official.forteen ni adalah paling akrab dgn Kaklong sepanjang 7 minggu di #GV5 ni. Dorang ni penghibur utk Kaklong setiap kali rehearsal, make up atau ketika nk menunggu kt backstage. Lagipun management Kaklong sendiri rapat dgn dorang & manager budak2 ni. Kesemua dorang ni ‘masuk air’ mcm Kaklong gak, gelak je keje kitaorg kalau berjumpa. Takdenya nak stress2, fikir sape nak menang ke langsung takde tau! 😜🤣😎 . So netizen yg cakap kami bermasam muka mmg saja nk create cerita! Nak tumpang populariti kitaorg lah tu! 😜🤣😂. Sudahhhhhhh! Apapun thanks to @kellyazman dari @malaysiagazette atas pencerahan ini ya! ❤️🙏🏻🌺 . S L I D E T O T H E L E F T for more videos by @malaysiagazette . Jgn fikir negatif lagi dah, baik kita fokus pada team masing2. Byk lagi perancangan yg perlu dibuat & difikirkan lepas #GV2018 ni. So kesayangan semua, baik kita practice utk tarian #Bollywood minggu ni k. Nanti bolehlah kita menari sama tauuuu… 💗💗💗 . #MindOrder #MindOrderManagement #Amelina #AmelinaxMindOrder @amelinasoul @mindorder @gegarvaganzaofficial

A post shared by AMELINA AMIR (@amelinaamirsharipuddin) on