Sambutan mewah dan eksklusif mana-mana majlis bagi mereka yang tergolong dalam kelompok dewasa bukanlah satu perkara baru. Tetapi apakah yang bermain di fikiran anda sekiranya majlis demikian dibuat untuk kanak-kanak yang berusia 7 tahun?

Majlis Sambutan Hari Lahir Tarik Perhatian Dunia

Realitinya sememangya direalisasikan oleh keluarga kanak-kanak ini. Dikenali sebagai Isabella, keluarganya telah mengadakan satu majlis sambutan hari lahir secara besar-besaran persis sebuah majlis perkahwinan yang gilang gemilang!

Namakan sahaja gaya eksklusif, mewah dan turut mempunyai penyanyi jemputan segala-galanya telah dirancang demi hari lahirnya yang ketujuh. Gambar-gambar di majlis tersebut telah mula tular diseluruh sejak awal minggu lalu dan kini mendapat hampir 100 ribu perkongsian di Facebook.

Adat Di Filipina

Keluarga tersebut yang berasal dari Filipina telah mengadakan majlis sambutan hari lahir Isabella bertemakan kisah dongeng. Seperti berada di dalam sebuah istana yang megah, majlis itu turut dikatakan sebagai sebuah simbolik adat di Filipina.

Sebuah majlis atau upacara akan diadakan buat kanak-kanak menjengah usia 1, 7 dan 18 tahun sebagai tanda kematangan dan akan memulakan tanggungjawab mereka yang baru. Mewah sungguh!