Selami Kehidupan ‘Mak Nyah’! Tomok Tampil Dengan Muzik Video ‘Bekas Kekasih’

Akhirnya, lagu ‘Bekas Kekasih’ nyanyian Tomok, secara rasminya telah memuat naik muzik videonya di Youtube pada tanggal 7 November 2018. Muzik video yang berkonsepkan drama realiti ini terbitan Monkey Bone menceritakan tentang realiti kehidupan sekumpulan Mak Nyah di ibu kota yang berakhir dengan pesanan yang menginsafkan.

Bagi kami, ini merupakan sebuah muzik video yang penuh dengan nilai-nilai murni dan pengajaran yang amat bermakna untuk dijadikan contoh dan tauladan untuk kehidupan masa kini. Mesej yang cuba disampaikan begitu jelas bahawa perjalanan seorang Mak Nyah yang dilakonkan oleh Tomok untuk merubah cara hidup dengan kembali menjadi lelaki sejati.

Lirik yang penuh bermakna ini ditulis oleh Aizat Amdan dan Mel Ramlan.

Terdahulu, agak kecoh apabila Tomok dilihat telah memuat naik beberapa keping gambarnya yang berpakaian seperti seorang wanita bersama pelakon Beto Kusyairi. 

Tanpa mengetahui perancangan sebenar Tomok, rata-rata netizen memberi tanggapan kepada Tomok seolah-olah mempromosikan lagi LGBT yang hangat diperkatakan. Munculnya MV ini, maka terjawablah segala persoalan. Apa komen anda?