Anda peminat Spice Girls? Jika ya, ini mungkin khabar gembira buat anda kerana kumpulan penyanyi wanita terkenal 90-an ini telah mengesahkan akan bersatu semula!

Konsert Jelajah Pada 2019

Selepas ‘reunion’ pertama mereka pada 2007, Spice Girls telah mengumumkan berita tersebut dan akan membuat siri jelajah mereka pada tahun hadapan. Spice Girls yang dianggotai Victoria “Posh Spice” Beckham, Melanie “Sporty Spice” Chisholm, Emma “Baby Spice” Bunton, Melanie “Scary Spice” Brown dan Geri “Ginger Spice” Horner kali terakhir membuat persembahan bersama adalah pada tahun 2012 menerusi Olimpik di London.

Victoria Beckham Tidak Akan Turut Serta

Bagaimanapun, peminat mungkin akan berasa sedikit sedih kerana salah seorang daripada mereka iaitu Victoria tidak akan bersama Spice Girls yang lain kerana terikat dengan komitmen kerjaya nya.

Meskipun begitu, Victoria sudah ‘memberi’ restu kepada mereka yang lain dan mengharapkan kemunculan semula kumpulan ini mengubati kerinduan para peminat. Kami percaya Victoria akan tetapi menjadi Viva Forever anda!