Semalam hangat diperkatakan mengenai seorang gadis cantik yang dikatakan sebagai kekasih kepada putera diraja Brunei, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen atau lebih dikenali sebagai Putera Mateen.

IKLAN

Gambar Di Lokasi Yang Sama

Segalanya bermula apabila terdapat seorang netizen yang ‘membongkar’ gambar Putera Mateen yang dilihat sama seperti gambar seorang gadis yang dikenali sebagai Anisha.

Percaya mempunyai hubungan dengan putera diraja itu, netizen mengandaikan Anisha merupakan kekasih kepadanya malah sebelum ini terdapat beberapa gambar mereka yang diabadikan bersama.

Sepupu Jauh Kepada Mateen

Anisha atau nama sebenarnya Anisha Isa-Kalebic ini dikatakan merupakan sepupu jauh kepada Mateen.

BACA  Dari Bau Vagina Hingga Ganja! 6 Jenis Parfum Yang Tak Masuk Akal

Malah datuknya juga merupakan salah seorang menteri di Brunei dan abang kepada Anisha pula sahabat baik kepada Putera Mateen.

Mempunyai perniagannya sendiri dalam bidang pelancongan, peribadi Anisha ini sememangnya dicemburui ramai kerana mempunyai ‘pakej’ yang lengkap.

Meskipun hubungan mereka tidak dapat kesahihannya, kami percaya ramai wanita yang meminati Putera Mateen kecewa akan khabar berita ini.