Baru-baru ini, usahawan yang kini bergelar penyanyi, Safiey Ilias telah meluahkan rasa terkilannya menerusi laman Instagram. Safiey atau nama memberitahu ingin membeli sebuah rumah banglo bernilai RM7.8 juta dan mahu kedua ibu bapanya tinggal bersama.

Kecewa Tidak Dapat Tunaikan Janji

Menerusi posting nya itu, Safiey seperti kecewa kerana tidak dapat menunaikan janjinya untuk membeli sebuah rumah dan membeli sebuah kereta mewah untuk dipandu bapanya. Luahan itu dibuat Safiey selepas mengenangkan single pertama nya, Syinta Gila tidak berjaya seperti yang dirancang.

“Happy befday ayah . Apit janji sebelum raya dapat ayahduduk rumah banglo apit bernilai RM7.8juta dan dapat bawak lamboghini apit .

“Sori ayah lagu syinta Gila tak berjaya seperti yang apit plan . Tapi tak apa semua yang terjadi ada hikmah,”

Bakal Hasilkan Single Kedua

Dalam perkembangan lain, usahawan yang juga pengasas kosmetik ini dikatakan akan tampil dengan single keduan nya tidak lama lagi.

Jelasnya lagi, perancangan mengenai lagu itu sudah dibuat selain memohon pengikutnya mendoakan segala urusannya dipermudahkan. Terdahulu, single Syinta Gila turut trending di laman YouTube dan sehingga kini sudah mencatat hampir 2 juta tontonan sejak dimuatnaik minggu lepas.