Pernikahan pelakon popular Indonesia Baim Wong dan Paula Verhoeven sedang menghitung hari. Namun persiapan pernikahan ini tidak menghalang dirinya untuk meneruskan aktiviti kebiasaannya sebagai pelakon.

Buktinya, dia masih sibuk dalam penggambaran sebuah drama di Malaysia. Aktiviti tersebut dapat dilihat menerusi IG stories Janna Nick di mana mereka berdua terlihat mesra berpegangan tangan dalam menjayakan beberapa babak dalam drama itu. Rupanya, Baim menjadi pelakon pembantu dalam drama Bukan Cinta Aku.

Tapi sebelum menjalani penggambaran, Baim dan Paula ternyata sudah mengikuti latihan acara adat untuk mengisi pernikahan mereka nanti. Hal itu Baim perlihatkan dalam sebuah video yang dimuatnaik di aakun YouTube-nya, beberapa waktu lalu.

Artikel Sebelumnya[GAMBAR] Benarkah Gadis Cantik Ini Kekasih Putera Mateen?
Artikel SeterusnyaSafiey Ilias Kecewa Tidak Dapat Tunaikan Janji Kepada Bapanya
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.