Sudahkah anda menonton filem Bohemian Rhapsody yang memaparkan kisah benar mengenai penyanyi lagenda Freddie Mercury meniti zaman kegemilangannya bersama kumpulan Queen Crest.

Pernah Kemurungan Kerana Gigi Depan

Ramai yang tidak tahu bahawa Freddie suatu ketika dahulu pernah mengalami kemurungan kerana kekurangan fizikalnya. Sejak kecil lagi, dia telah dilahirkan dengan mempunyai gigi hadapan yang agak besar berbanding kanak-kanak lain.

Dibesarkan di India, dia juga sering dibuli sehingga digelar Bucky oleh rakan-rakan sebaya sehingga menyebakan Freddy membenci dirinya sendiri. Sejak itu juga, Freddie akan menutup mulutnya setiap kali tersenyum sehingga menjadi salah satu tabiatnya yang sukar dibuang.

Jadi Lagenda

Meskipun zaman kanak-kanaknya agak pahit, siapa sangka senyuman yang cuba disembunyikan itu akhirnya menjadi satu lagenda apabila bakatnya yang terpendam mula diketahui ramai. Beberapa kumpulan telah dianggotainya sehinggalah yang terakhir, Queen yang menaikkan namanya. Suaranya yang lunak persis penyanyi Opera mampu membuatkan pendengar berdiri bulu roma.

Terima kasih kepada gigi hadapannya yang menambahkan lagi vibrato pada suara Freddie. Bohemian Rhapsody antara lagunya yang benar-benar berhantu dan masih hangat dimainkan sehingga kini