Kerana terlanjur, segalanya detik cemas dan menyeramkan mula menghantui mereka yang terlibat! Itulah yang terjadi di dalam filem seram dari negara Thailand, Ghost Wife.

Menghantui Pawagam Bermula 22 November

Ghost Wife yang menceritakan mengenai Nard, seorang pelajar sekolah yang telah jatuh cinta dengan Mac, senior di sekolah yang sama. Mereka mula menjalinkan hubungan sehingga Nard disahkan hamil. Mengetahui akan keadaan tersebut, ibu kepada Mac mahu mereka memutuskan hubungan manakala ibu Nard pula mahu dia menjalani proses mengugurkan kandungannya.

Lebih malang, Nard tidak dapat diselamatkan ketika proses tersebut dan menyebabkan rohnya mula tidak tenteram dan menghantui apartment yang didiaminya sebelum ini.

40 Pasang Tiket Untuk Dimenangi

Istimewa buat pembaca Hangat.com, kami ingin menjemput anda untuk menjadi penonton filem ini antara yang terawal. Terhad kepada 40 pemenang, dengan kerjasama GSC Movies, Ghost Wife akan ditayangkan pada 19 November (Isnin) jam 9 malam di GSC 3 Damansara (Dahulunya dikenali sebagai Tropicana City Mall)

Cara? Mudah sahaja hanya jawab soalan berikut dan anda mungkin salah seorang pemenangnya!

  • Like Facebook Hangat.com, follow Instagram @hangatmalaysia dan twitter @hangatmalaysia
  • Selepas menonton, kongsikan ulasan anda mengenai filem ini di sosial media dan tag Hangat.com beserta #HangatMalaysia
  • Anda dikehendaki mengisi butir-butir diri anda dan menjawab soalan bersama slogan kreatif
  • Sertakan sekali maklumat peribadi seperti nama penuh (seperti dalam kad pengenalan), Nombor IC, Emel dan Nombor Telefon Bimbit.
  • Peraduan ini hanya sah dari sekarang hingga 18 November 2018
  • Seorang hanya boleh menghantar satu penyertaan.
  • Keputusan hakim adalah muktamad.
  • Pemenang akan dihubungi pihak Hangat.com
  • Pemenang dikehendaki datang menuntut tiket filem tayangan pratonton filem di GSC 3 Damansara pada 19 November bermula jam 8.20 malam hingga 8.50 malam.
  • Sebarang kelewatan tuntutan tiket selepas jam 9 malam TIDAK AKAN DILAYAN
  • Sebarang ketidakhadiran perlu dimaklumkan secepat mungkin

Artikel SebelumnyaRita Rudaini Mengaku Tiada Masalah Dengan Aidil Zafuan!
Artikel SeterusnyaNita Hamzah Ingin Terus Istiqamah Melakukan Kebaikan?
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress