Susulan kenyataan pengarah dan pelakon Datuk Farid Kamil Zahari menerusi sebuah rancangan untuk program tv Al-Hijrah baru-baru ini, dia akan dipanggil oleh pihak Polis untuk memberi kenyataan.

Menerusi program bual bicara berkenaan, Farid mendakwa dirinya disogok wang berjumlah RM5 juta oleh Kerajaan terdahulu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat memaklumkan Farid akan dipanggil dalam masa terdekat bagi merekodkan keterangannya.

“Dalam laporan polis itu, pengadu mendakwa telah melihat satu video di Youtube, di mana Farid Kamil memberitahu dia cuba dirasuah RM5 juta oleh kerajaan terdahulu bagi memaafkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

“Pengadu mendakwa Farid Kamil sengaja reka cerita untuk menjatuhkan imej Najib dan Rosmah dan mendakwa jika betul berlaku, kenapa Farid Kamil tidak membuat laporan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia),” kata ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat.

SAC Fadzil Ahmat ketika mengesahkan perkara itu berkata, laporan polis tersebut dibuat di Balai Polis Kota Damansara pukul 6 petang semalam, oleh seorang lelaki berusia 43 tahun yang mewakili Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam.

Polis akan memanggil Farid Kamil berhubung laporan polis dibuat terhadapnya berkenaan dakwaan cubaan dirasuah RM5 juta oleh kerajaan terdahulu. Tambah Fadzil lagi, kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana kesalahan fitnah.

Hangat.com berharap agar Farid Kamil senantiasa tabah dengan dugaan yang akan mendatang dan yakin dengan apa segala tindakan yang dibuat, in shaa Allah.

SUMBERMstar Online
Artikel Sebelumnya[GAMBAR] Seksi Macam Ibunya! Anak Gadis Kajol & Ajay Yang Semakin Jelita
Artikel SeterusnyaTomok Komen Teguran Ustaz Mengenai Isu Video & Pakaian LGBT!
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"