Kisah perceraian Rita Rudaini dan pemain bola sepak Aidil Zafuan sebelum ini penuh dengan kontroversi dan mendapat perhatian yang hangat lebih-lebih lagi dengan episod tuntutan nafkah bagi anak-anak mereka.

Namun disebalik segala konflik yang berlaku, Rita mengatakan beliau sebenarnya tidak pernah mempunyai masalah ataupun bersengketa dengan bekas suaminya. Orang ramai yang sengaja mengada-adakan cerita hubungan mereka tidak baik.

View this post on Instagram

Mcm2 spekulasi manusia klau sis up kn pic anak2 sis..'xbg jumpa anak lah,dendam sampai anak jd mangsa lah,xbg anak main bola sbb dendam kt pak dia lah' …..mmm seronok sis baca cerita dongeng rekaan manusia luaq sana…..nah! Sis lanje pic anak beranak ๐Ÿ˜˜ maaf lah pic lama tp ada 'nilai sentimental' tau ๐Ÿ˜˜….pic baru xdak so sis lanje pic lama jerhh…sis xdak masalah pon dgn bekas sis..kita org xgado pon…pandai je manusia2 buat skrip telenovela 7tahun 7 keturunan,xabis2 cite 'posh n beckham' ni ๐Ÿ˜‚ ..sampai anak2 sis dah besaq dah..sis ok je,xdak masalah pon..kita husnuzon je..anak2 sis main bola pon sis support…buat apa nk halang cita2 depa…cita2 depa cita2 sis jugak ๐Ÿ˜‰ …ada org kata pulak 'gigih nk bg ank main bola jugak' ..lorrr xkan nk bg main masak2 kot…dah depa budak laki..bolasepak xle di pisahkan dr budak lelaki…darah ka,keturunan ka,kuah ka ,nk buat lagu mana da depa minat sis antaq la blajaq…ramai jugak dok komen klau upload pic ank,'muka bapak sgt' .,.kompom laa muka bapak..dah hasil tuai dr 'AI+RIT' …xkan kluaq muka brat pitt pulak ๐Ÿ˜‚ ……lps ni jgn pulak kata bila sis up pic ni,kata plak sis xhormat pihak sana pulak ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ ..nk buat lagu mana dah DNA pak depa..xsalah lah sis boh pic depa anak beranak ๐Ÿ˜ sis xde masalah dgn Daddy ryan n juna ๐Ÿ˜˜ ..harap lps ni xdak lah nk pertikai sis xbg itu ini ye…xkan smua sis nk cite kt korg ๐Ÿ™ƒ …. Xpe nnti 1day mommy bwk tgk Daddy game ye ๐Ÿ˜˜ @airitqaqa727 n @airitryan727 tggu Daddy bg tiket ๐Ÿ˜˜ #sislanje

A post shared by Rita Rudaini (@ritrud727) on

Menerusi muat naik terbaru beliau di Instagram, Rita turut menyertakan foto โ€˜throwbackโ€™ Aidil bersama dua orang cahaya mata mereka sewaktu kecil.

BACA  "Takyah Taksub Sangat #10yearschallenge"- Norish Karman Luah Rasa Bimbang

Pada masa yang sama, beliau sempat membidas kritikan sesetengah pihak yang mengkritik dan mempersoalkan mengapa beliau terlalu ingin menunjuk dan gigih menghantar anak-anaknya untuk bermain bola sepak.

Rita berharap dengan penjelasan panjang lebar ini, tiada lagiย  pihak yang akan terus mencari kesalahan dan mempertikaikan setiap apa yang beliau lakukan.