Pada malam Sabtu yang lalu, telah berlangsungnya sebuah konsert di ibu negara yang dianjurkan oleh sebuah platform membeli belah digital terkenal. Dalam konsert itu, Sherry Al Hadad dan Haziq Kool FM telah dipilih sebagai pengacara.

Ayda Jebat Lawak Kasar

Dalam rantaian persembahan tersebut antara selebriti yang diundang adalah Ayda Jebat. Namun begitu ketika siaran itu sedang berlangsung, Sherry telah menemubual Ayda berkenaan topik lumba lari dan maklum balas yang diberi oleh penyanyi dan pelakon itu ternyata seperti mengejutkan ramai terutama mereka yang menonton rancangan itu.

Balas Ayda ketika itu, dia tidak mungkin akan menjuarai pertandingan seperti itu kerana kakinya pendek dan turut berseloroh mengatakan Sherry juga tidak boleh berlari kerana mempunyai saiz kaki yang gemuk.

BACA  5 Selebriti Wanita Ini Sebenarnya Berperangai 'Gila-Gila'

Netizen Sifatkan Ayda Jebat Sebagai Kurang Ajar

Dek kerana jawapan pelantun Pencuri Hati itu, rata-rata netizen menganggap Ayda seperti kurang ajar kerana seperi cuba memalukan (body shaming) Sherry meskipunm pengacara itu tidak menunjukkan kemarahannya.

Malah terdapat selebriti yang menyelar tindakan Ayda. Akibatnya, netizen menuntut agar Ayda membuat permohonan maaf secara terbuka. Adakah patut Ayda berbuat demikian? Kongsikan dengan kami!