Agak jarang juga kita dengan perkembangan terbaru pelakon, Elfira Loy sejak bertunang dengan jejaka pilihannya, Faris. Ternyata ada alasan tersendiri mengapa dia bertindak untuk jarang berkongsi kebahagiaannya kepada umum selepas bertunang.

Tidak seperti pertunangannya yang terdahulu, foto-foto bahagia bersama dengan bakal suaminya juga terlihat jarang dimuat naik.

View this post on Instagram

Instagram has been my digital album since forever , i share what i like , what i love , and i like to express about almost everything in here . Because , for me this is my personal space that people cannot invade.Whatever that i share comes from the heart & you will feel close to me personally. However , i know people still gonna have their opinion and i gotta respect that with full manners. But , I want that space back. With that , I’m sharing with you guys one photo of me during one of my favourite moments of the year. I was genuinely happy , overwhelmed and touched . Apa yang terbuku didalam hati , biarlah disimpan dihati. Kerana hati , sudah dimiliki . | attire : @rizmanruzaini | makeup : @najeebazami & @jijiezainal selepas nangis lol | Photo : @kakifoto_

A post shared by ٢٤ | 🇲🇾 | Selfie is ma thangg (@elfiraloy) on

Ibu Jadi Mangsa

Menurut Elfira menerusi laporan dari Utusan, dia akui mahu hidup sederhana dan enggan membawa dirinya menjadi bahan kecaman orang sekeliling.

“Sebenarnya saya tak mahu membuka ruang untuk orang meninggalkan kata-kata kurang baik kepada saya dan keluarga. Sampaikan ke satu tahap, ibu saya juga menjadi mangsa.

“Apa lagi yang mereka tidak kata pada ibu saya? Sedangkan dalam banyak hal wanita itu tidak seharusnya di bawa masuk campur. Sebab itu saya berhati-hati berkongsi cerita baik atau buruk,” katanya menjelaskan situasi yang sedang dihadapi.

Sejak dia bertunang dengan Faris, Ibunya yang dikenali dengan nama Filzah masih menerima kecaman dari netizen dan dikaitkan dengan pelbagai tuduhan negatif.

Tidak mahu membiarkan ibunya itu terus menjadi mangsa buli siber yang tidak berkesudahan, Elfira mengambil keputusan untuk bersederhana sahaja dalam segala tindakan.

Sebelum ini, Elfira pernah bertunang dengan penyanyi, Sufian Suhaimi pada 6 Oktober 2017 namun hubungan tersebut terputus secara rasmi pada 18 Februari lepas. Tak lama selepas itu, Elfira telah melangsungkan pertunangan 2 September lalu dengan jejaka yang dikenali sebagai Muhammad Faris Khairol Anuar.

SUMBERUTUSAN
Artikel SebelumnyaZamani Layak Ke Final Gegar Vaganza Kerana Rating?
Artikel Seterusnya‘Tiada Lagi Gelak Ketawa Kami Bersama’- Nabila Huda Tinggalkan Suami & Anak
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.