Pentas Hollywood dan drama dalaman mereka sememangnya tidak dapat dipisahkan! Antara yang menjadi tumpuan pada tahun ini adalah mengenai perselisihan faham di antara dua penyanyi rap wanita terkenal di dunia, Nicki Minaj dan Cardi B.

IKLAN

Nicki Minaj Enggan Bercakap Mengenai Kontroversi Lalu

Sejak tahun lalu, peminat seperti dapat ‘menghidu’ terdapat sesuatu di antara kedua-dua penyanyi ini. Lebih ketara pada September lalu, terdapat video yang memaparkan ‘situasi pergaduhan’ mereka dan Nicki telah menyekat (block) Cardi di laman Twitter nya. Menyedari akan tindakan penyanyi yang dianggapnya seperti seorang mentor.

View this post on Instagram

PERIOD.

A post shared by MOSTHATEDCARDI (@iamcardib) on

Cardi turut memerli Nicki beserta memuat naik sebuah kenyataan panjang mengenai pelantun Chun-Li. Terbaru, Nicki bagaimanapun enggan mengulas dan bercakap mengenai kontroversi itu dan ingin fokus pada karier nya.

Cardi B Mahu Kekal Positif

Mengejutkan ramai peminat, Cardi membalas kenyataan Nicki dengan mengatakan setuju apa yang diperkatakan oleh Nicki.

Malah menurut Cardi dia juga mahu kekal positif selain turut mengajak Nicki untuk fokus pada karier masing-masing. Adakah ini tandanya mereka sudah berdamai?

BACA  Instagram Lan Pet Pet Diserang, Babitkan Pakej Umrah?